Category ‘Terkini’


January 24, 2017 6:48 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

PETALING JAYA – Empat individu, termasuk seorang bergelar ‘Datuk’ yang juga pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan diri melibatkan projek ikan sturgeon di Pahang mencecah lebih RM47 juta.   Mereka yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa melibatkan pengawai tinggi Felda iaitu Pengarah Besar yang bergelar Datuk, […]


5:05 pm - Wanna

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, kawalan lebih tegas perlu dilaksanakan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya menjelang musim perayaan ini.   Beliau berkata, ia perlu diberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya disebabkan peningkatan yang tinggi bagi kadar kemalangan jalan raya sejak tahun lalu.     “Memandangkan Wilayah Persekutuan merupakan mempunyai bilangan kenderaan […]


4:07 pm - Abdul Mursyid Zainuddin

PUTRAJAYA – Seramai 3,000 anggota bomba tambahan akan dikerahkan ke kawasan banjir di beberapa negeri sekiranya keadaan bertambah buruk.   Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Noh Omar berkata, buat masa ini, banjir yang melanda beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dalam keadaan terkawal.   Katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat […]


4:00 pm - Wanna

KUALA LUMPUR – AirAsia X mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan (FAA) untuk beroperasi ke mana-mana destinasi di Amerika Syarikat (AS), sekali gus memberikannya laluan ke pasaran baharu.   “Syarikat penerbangan itu adalah syarikat penerbangan tambang murah pertama Asia mendapat kelulusan untuk beroperasi ke AS,” katanya dalam satu kenyataan.   AirAsia X mempertimbang untuk membuat […]


3:57 pm - Wanna

KOTA TINGGI – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar meluangkan masa melawat mangsa banjir di Dewan Serbaguna Kota Kecil, hari ini.   Ketibaan baginda pada jam 11 pagi disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Asiah Md Ariff dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Dr Badrul Hisham Kassim, lapor BH.   Sultan Johor turut […]


3:50 pm - Wanna

KUALA LUMPUR – Lim Kit Siang disifatkan tidak layak mengajak Datuk Seri Najib Razak berdebat kerana bukan ketua dalam Pakatan Harapan kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.   Beliau berkata, Kit Siang tidak berada dalam kedudukan setaraf dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).   “Jika Kit Siang adalah ketua Pakatan […]


3:44 pm - Wanna

WASHINGTON – Beberapa jam sebelum pentadbiran Obama berakhir, ia mengingkari bantahan parti Republikan apabila secara senyap menyalurkan AS$221 juta (RM980 juta) kepada Pihak Berkuasa Palestin.   Dana itu bagaimanapun ditangguh ahli Kongres GOP.   Seorang pegawai Jabatan Negara dan beberapa pembantu Kongres berkata, pentadbiran terdahulu secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa ia akan membelanjakan wang […]


3:39 pm - Wanna

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) membelanjakan lebih AS$11 bilion (RM48 bilion) untuk memerangi militan Daesh sejak konflik itu tercetus lebih dua setengah tahun lalu.   Angka yang didedahkan Jabatan Pertahanan Negara AS itu menunjukkan 22 peratus daripada kos keseluruhan atau 1.8 bilion pound (RM9.9 bilion) dibelanjakan hanya untuk mengebom Syria dan Iraq.   Menurut Pentagon, […]


3:35 pm - Wanna

CHONGQING – CHINA. Perbuatan seorang ibu sanggup meninggalkan anaknya di dalam lif selepas bertengkar dengan suaminya menimbulkan kemarahan selepas video berkenaan tersebar.   Insiden tersebut dirakam oleh kamera pengawasan di blok kediaman di sini 17 Januari lalu, lapor Foto Chinanews.com.   Dalam rakaman berkenaan, ibu yang berpakaian hitam masuk ke dalam lif di tingkat 22 […]


3:27 pm - Wanna

JAKARTA – INDONESIA. Orang ramai yang ingin mengunjungi Kota Pekalongan di Jawa Tengah dinasihati supaya mengambil langkah waspada terhadap penyakit untut atau kaki gajah yang kini menjadi wabak di daerah itu.   Media-media tempatan memetik Ketua Bidang Pencegahan Penyakit dan Kesihatan Kawasan Jabatan Kesihatan Kota Pekalongan Tuti Widayanti sebagai berkata setakat ini sebanyak 409 warga […]


FACEBOOK SUARA TV


TOP POST DAN PAGES

ARKIB BERITA


© Suara TV. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. SuaRa.TV theme by TheJay.