SPRM Tahan Pengurus Kanan Syarikat Marin

PENGURUS kanan syarikat kejuruteraan marin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini selepas disyaki mengambil rasuah berjumlah RM190,000.

Suspek, 48, ditahan bagi membantu siasatan berhubung aktiviti rasuah berkaitan kerja-kerja pembaikan kapal di sebuah limbungan di bawah seliaannya

Sumber berkata, suspek dikatakan meminta wang dalam jumlah yang besar sebagai balasan pemberian kerja-kerja pembaikan kapal gas asli cecair (LNG) di sebuah limbungan pada 2011 hingga 2012.

“Suspek dikatakan sudah menerima wang berjumlah RM190,000 antara tahun itu daripada kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pembaikan terbabit.

“Suspek dipanggil ke pejabat SPRM Johor dan ditahan selepas keterangannya dirakam pada 12.30 tengah hari tadi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit, berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *