Nyamuk Terbesar Di Dunia Ditemui Di China, Lebih Besar Dari Tapak Tangan Manusia

Mengejutkan…seekor nyamuk dipercayai yang terbesar di dunia telah ditangkap di pergunungan Qincheng di wilayah Sichuan, China. Nyamuk itu mempunyai sayap sepanjang 11.15cm, iaitu 10 kali lebih panjang daripada nyamuk biasa.

Ia ditangkap oleh entomologis, Zhao Li ketika melakukan pemeriksaan luar pada Ogos tahun lepas.

Menurut Zhao, nyamuk itu adalah dari spesis holorusia mikado yang berasal dari Jepun. Hanya baru-baru ini sahaja ia disahkan sebagai nyamuk terbesar di dunia.

Bagaimanapun jangka hayat nyamuk ini hanya seminggu. Ia kini telah dijadikan spesimen dan dipamerkan di Muzium Seranga di Barat China.

Ia tidak menggigit manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *