Manusia Tertua Di Dunia Meninggal Di Usia 117 Tahun

TOKYO – JEPUN. Manusia tertua di dunia berasal dari Jepun, Nabi Tajima meninggal dunia pada usia 117 tahun.

Wanita yang lahir pada 4 Ogos 1900 itu menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Pulau Kikkai, malam tadi.

Tajima diiktiraf sebagai manusia tertua di Jepun pada September 2015, mungkin manusia tertua di muka bumi selepas kematian warga Jamaica Violet Brown yang meninggal dunia pada usia 117 pada September 2017, lapor media Jepun.

Sejak kematian Brown, Buku Rekod Guiness telah menyiasat dan berusaha mencari manusia dan wanita tertua di dunia yang masih hidup, namun sehingga kini belum memberikan pengiktirafan kepada Tajima.

Menurut Guiness, rekod lelaki tertua di dunia milik Masazo Nonaka dari Jepun yang berusia 112 tahun. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *