Kerusi PAN Bukan Zon Selamat

KUALA LUMPUR – PAN dilihat akan terus dirundung malang dan menjadi anak tiri dalam gabungan pembangkang PKR walaupun pemimpin utama parti itu seperti Mohamad Sabu, Khalid Abdul Samad dan Mohamed Hanipa Maidin dibenarkan bertanding di kerusi yang kononnya menjadi hak mereka walhal dahulunya dimenangi atas tiket Pas.

Sehubunhan itu ia kerana, Presidennya yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu, belum berada dalam zon selamat walaupun telah disahkan akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Raja yang dahulunya dimenangi oleh Dr. Siti Mariah Mahmud yang berpindah ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang.

Menurut Pensyarah Pusat Pengajian Antarabang­sa Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antara­ba­ng­sa, Universiti Uta­ra Malaysia (UUM), Dr. Mohamad Faisol­ Keling berkata, hasrat Mat Sabu bergelar wakil rakyat mungkin terkubur sekali lagi berikutan persaingan sengit yang bakal diterimanya daripada Pas dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, walaupun bekas Timbalan Presiden Pas itu mempunyai kelebihan petah berbicara untuk menarik perhatian pendengar melalui ucapannya, ia tidak cukup untuk memadamkan api kemarahan para penyokong Pas yang dikhianati.

Tambahnya, PKR dan DAP juga sudah membuat ramalan terhadap kerusi Parlimen Shah Alam dan Sepang yang berstatus hitam sebelum melepaskannya kepada PAN untuk kekal ditandingi oleh Khalid dan Mohamed Hanipa.

“Dalam konteks ini saya fikir Mat Sabu hanya akan memperoleh sokongan daripada penyokong DAP, PKR dan PPBM yang dibubarkan sementara. Bukan daripada penyokong Pas seperti sebelum ini, di mana Pas menjadi pendukung kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

“Tidak semua kerusi PAN akan kekal mendapat sokongan pengundi sebaliknya pengekalan calon PAN di kerusi yang dimenangi sebelumnya seperti kerusi Parlimen Shah Alam dan Sepang akan menjadi beban kekalahan kepada gabungan pembangkang PKR secara umumnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi PAN Selangor, Ir Izham Hashim dalam satu sidang akhbar hari ini mengumumkan empat calonnya yang akan bertanding untuk kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Jesteru, selain Mat Sabu, Khalid dan Mohamed Hanipa, satu lagi kerusi Parlimen yang ditandingi parti serpihan Pas itu adalah di Kuala Selangor di mana calonnya ialah Dr. Dzulkefly Ahmad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *