Kedah Menang Piala Malaysia Sebab Tan Cheng Hoe, Bukan Mukhriz

Timbalan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mukhriz Mahathir dalam ceramahnya di Pendang, dua malam lepas, telah mendabik dada kononnya beliaulah yang berjaya memperkasakan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

“Saya janji tiga tahun tapi dua tahun sudah berjaya,” kata Mukhriz yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah. Beliau juga memberitahu janji itu dibuat oleh Barisan Nasional (BN) ketika beliau menjadi pengerusinya.

Namun orang yang sepatutnya diberikan penghargaan ialah Tan Cheng Hoe, di mana di bawah kendaliannya, Kedah muncul Juara Liga Perdana 2015, Juara Piala Malaysia 2016 dan Juara Piala Sultan Ahmad Shah 2017.

Sentuhan Cheng Hoe mula jadi perhatian apabila berjaya melonjakkan semula Kedah sebagai sebuah kuasa besar bolasepak tempatan.

Beliau juga berjaya menerapkan keakraban pemain-pemain di dalam dan luar padang, malah mereka sangat faham corak permainan masing-masing. Itu yang menjadi kunci pasukan ini. Malah cara-cara untuk bertahan, penguasaan bola dan gerakan serangan, semuanya dibentuk Cheng Hoe.

Malangnya Mukhriz menjadikan bola sepak sebagai senjata politik untuk menyerang UMNO Kedah dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah.

Walaupun kehadiran pertama kali Ahmad Bashah ke Stadium Darul Aman telah di `boo’ oleh penyokong Kedah tetapi beliau tidak mengambil hati dengan apa yang berlaku.

Malah beliau terus memajukan sukan bola sepak Kedah dengan semangat yang tidak luntur. Malah dalam ucapannya ketika dilantik sebagai Presiden KFA yang baru dulu, Ahmad Bashah telah merakamkan ucapan terima kasih kepada Mukhriz atas sumbangannya sebagai presiden sebelum ini.

Beliau juga meminta penyokong Kedah yang berbeza pendapat dengannya untuk terus memberi sokongan kepada pasukan. Ahmad Bashah tidak mahu berdendam. Beliau mahu melihat bola sepak Kedah berjaya dan itu yang sedang berlaku ketika ini.

Sedangkan Mukhriz ketika menjadi presiden KFA tidak memberikan sesuatu yang istimewa pun kepada bola sepak Kedah. Ini kerana semasa beliau menjadi presiden KFA dan Menteri Besar, semua penduduk Kedah tahu beliau jarang berada di Kedah.

Masanya lebih banyak di Kuala Lumpur hinggakan ada orang politik yang menggelar beliau sebagai Menteri Besar Kuala Lumpur kerana kerap sangat berulang alik Alor Star-Kuala Lumpur untuk balik rumahnya di ibu negara.

Bagaimana beliau mahu menjadi Menteri Besar kalau tidak berada di Kedah. Bagaimana beliau dapat mendengar keluh kesah rakyat?

Jika penduduk Kedah ingin menilai Mukhriz, nilailah semasa beliau masih ada kuasa. Jangan ketika beliau sudah tiada jawatan atau sudah kena buang atau ketika sudah masuk pembangkang kerana pada waktu itu, bulan dan bintang dijanjikan kepada rakyat.

#JomBN
#BersamaBN
#Harapanpalsu
##fakenews
#dosadosamahathir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *