Video: Azmin Lepas Geram Pada PAS, Ungkit Ramai Orang Kelantan Hijrah Di Selangor

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali tanpa berselindung telah melepaskan geram terhadap PAS dan memperlekehkan parti berkenaan dengan mengungkit kenapa ramai orang Kelantan datang ke Selangor untuk bekerja dan membina kehidupan yang lebih baik di negeri itu.

“Saya nak beritahu orang Kedah, berapa ramai orang Kelantan berhijrah (untuk bekerja) ke Selangor sekarang ni? Haa.. tu geram la tu…

“Kalau betul Kelantan tu hebat, kalau betul Kelantan tu negeri Serambi Mekah, kalau betul Kelantan tu adil, kenapa orang Kelantan datang ke Selangor (untuk bekerja)?,” katanya ketika berucap di program santai petang di Jalan Langgar, semalam.

Dalam ceramahnya itu, Azmin memberi gambaran bahawa PAS gagal mentadbir di Kelantan hinggakan negeri itu kacau bilau.

“Ada parti tu (PAS) sibuk sorang tak payahlah. Bkan boleh bentuk kerajaan sorang-sorang. Bukan boleh bentuk kerajaan pun.

Beliau turut memperlekehkan calon PAS di Pokok Sena iaitu Radhi Mat Din.

“Radhi Mat din tahu apa, pandai ke urus ekonomi ni” kata Azmin. Radhi merupakan bekas pemain bola sepak Kedah.

Azmin yang baru mengambil alih jawatan MB Selangor tidak sampai sepenggal hasil gerakan politik Langkah Kajang yang menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim pada 2014, turut mendabik dada mendakwa kemajuan Selangor yang ditadbirnya telah menarik minat orang Kelantan berhijrah ke negeri itu.

“Sebab Selangor negeri yang aman, makmur, maju, adil dan sejahtera,” ujarnya bangga, tanpa menjelaskan hakikat penghijrahan ramai orang Kelantan ke negeri itu telah berlaku sejak dari zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Selangor lagi.

Ia bukannya baru. Masalah air pun Azmin tidak boleh selesaikan, inikan pula mahu `gebang’ orang Kedah mengenai air percuma. Cukup-cukuplah Azmin – Suara.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *