Mahathir Pakai Skrip Kitar Semula, Beri Amaran Pengundi Hantu Dari Bangladesh

Lima tahun selepas Anwar Ibrahim menuduh Barisan Nasional (BN) membawa masuk 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu, kini pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir Mohamad membuat tuduhan sama.

Bezanya, Anwar menafikannya dan menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak cuba mengelirukan Parlimen. Namun akhbar PKR, iaitu Keadilan Daily telah memetik kenyataan beliau dengan tajuk “JPM Terlibat Seluruh 40,000 Pengundi Hantu’ bertarikh 2 Mei 2013.

Propaganda itu merupakan sesuatu yang memalukan dan kini Mahathir membuat tuduhan sama.

“”Jika Pakatan Harapan (HARAPAN) menang dengan 100 atau 200 undi, Najib akan membuat penipuan dan sumbat (kotak undi) dengan undi haram.

“Mungkin orang Bangladesh juga akan mengundi,” katanya pada ceramah di Felda Johol, Negeri Sembilan malam tadi.

Jelas di sini, Pakatan Harapan dan Mahathir sudah kering idea, dengan mengitar semula isu lapuk yang nyata hanya fitnah.

Tindakan ini boleh mengundang bahaya kerana mereka yang mempunyai wajah seirias Bangladesh akan menjadi mangsa pada hari pengundian 9 Mei ini.

2013 lalu menyaksikan bagaimana terdapat kes ini menjadi panas tetapi selepas pilihan raya, tiada seorang pun yang muncul membuat aduan atau dakwaan itu.

Akhirnya SPR jugalah yang waktu isu itu muncul telah dipersalahkan dan menjadi mangsa.

Selepas isu bangla, pada malam pengiraan undi pula, BN dituduh menyebabkan blackout. Dakwaan itu diuar-uarkan dan menjadi tular di media sosial hingga mencetuskan kegusaran rakyat. Akhirnya, kes ini diam begitu sahaja. SPR juga tidak menerima laporan mengenainya.

Semua tuduhan ini menunjukkan pembangkang bimbang dan takut untuk berdepan dengan PRU. Mereka mahu memainkan isu bahawa sistem pilihan raya di negara ini paling kotor, iaitu tuduhan sama yang dilemparkan menjelang PRU.

Hairan dalam keadaan mereka membuat tuduhan berkenaan, Pakatan Harapan boleh menang di Selangor dan Pulau Pinang.

Inilah namanya politik kotor. Tolaklah mereka ini.

#fakenews #JomBN #BersamaBN #PHitnah #HarapanFitnah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *