Tetap Sokong BN Walau Sebarang Keputusan

KUALA LUMPUR – Akur jika Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon parti komponen itu bertanding di situ pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) walaupun akan ada rasa kecewa dengan keputusan itu, kata Ketua Cawangan MCA Bandar Tun Razak, Datuk Chew Yin Keen.

Beliau berkata jika keputusan itu sudah dibuat oleh BN, tiada apa yang boleh mereka lakukan selain menyokong calon yang dipilih.

Menurutnya, walaupun sebagai seorang manusia, perkara itu sudah tentu mengecewakan, ia perlu diketepikan kerana perjuangan BN dalam pilihan raya umum perlu diutamakan.

“Ketiga-tiga sayap parti di kawasan ini sudah bermesyuarat dan kami sepakat mahu calon MCA kekal di sini seperti mana tradisi lima kawasan yang ditanding MCA di Wilayah Persekutuan.

“Benar atau tidak ada calon lain atau calon MCA, kami tidak tahu kerana perkara itu diputuskan oleh pimpinan dan hanya akan diketahui selewat-lewatnya Isnin ini.

“Apa sahaja keputusan, kami akan patuhi dan membantu calon itu tetapi kami tidak boleh mengelak daripada rasa tidak puas hati, namun perkara paling utama adalah pengundi dan kemenangan BN,” katanya pada sidang akhbar di sini, petik BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *