Guna Logo PKR Strategi Tarik Sokongan Melayu Undi DAP

KANGAR – PPBM negeri yang dibubarkan sementara me­ngaku penggunaan satu logo iaitu PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah strategi yang digunakan gabungan pembangkang PKR untuk menarik sokongan orang Melayu terhadap DAP kata Bekas pengerusinya, Ameir Hassan.

Beliau berkata, percaya hanya melalui sokongan tersebut, DAP mampu membuat kejutan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi pada pilihan raya nanti.

Menurutnya, sememangnya suatu ketika dahulu rakyat negeri ini menolak sepenuhnya DAP namun situasi pada hari ini telah berubah dengan masyarakat Melayu juga dilihat mula memberi sokongan kepada parti tersebut.

“Pengorbanan DAP tidak menggunakan logonya (roket) sebaliknya dengan semangat perpaduan dalam Pakatan Harapan memilih lambang PKR untuk bertanding dalam pilihan raya ini telah menyentuh jiwa orang Mela­yu untuk menyokong DAP.

“Saya percaya DAP mampu membuat kejutan di DUN Titi Tinggi dalam pilihan raya nanti,” katanya dalam sidang akhbar sempena pengumuman calon PRU-14 PPBM Perlis, baru-baru ini.

Ameir yang juga Pengerusi gabungan pembangkang PKR negeri itu, turut akan bertanding di DUN Pauh selepas menjadi calon bebas di kerusi Indera Kayangan pada pilihan raya lalu.

Sehubungan itu, PPBM akan meletakkan calon di empat lagi DUN iaitu Tambung Tulang, Guar Sanji, Mata Ayer dan Kayang selain dua Parlimen masing-masing di Arau dan Padang Besar.

Di Parlimen Arau, PPBM bakal mempertaruhkan Prof. Madya Datuk Dr. Abd. Rahman Daud yang pernah bertugas di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) manakala di Padang Besar, diwakili bekas Ketua PPBM Bahagian itu, Izizam Ibrahim.

Calon-calon lain ialah Lefte­nan Kolonel Azhar Omar (DUN Mata Ayer); Abdul Hannan Khairy yang juga merupakan calon termuda berusia 24 tahun (Kayang); Maton Din (Tambung Tulang) dan Baridah Che Nayan (Guar Sanji).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *