Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada AS$107.8 Bilion

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak 3.8 peratus kepada AS$107.8 bilion setakat 30 Mac 2018 berbanding AS$103.9 bilion pada 15 Mac lalu.

BNM dalam kenyataannya berkata, paras rizab berkenaan telah mengambil kira penyelarasan perubahan pernilaian semula tukaran wang asing.

Kedudukan rizab berkenaan mencukupi untuk membiayai 7.4 bulan import dan 1.1 kali ganda hutang luar jangka pendek.

Matawang asing yang merupakan bahagian terbesar rizab berkenaan berkembang kepada AS$101.3 bilion berbanding AS$97.4 bilion manakala kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berada pada paras AS$800 juta.

Pada 30 Mac, aset keseluruhan BNM sebanyak RM449.41 bilion manakala edaran matawang adalah RM106.63 bilion berbanding RM448.2 bilion pada 15 Mac dengan edaran matawang RM105.7 bilion. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *