Polis Menjumpai Potongan Tubuh Wanita Dalam Periuk Atas Dapur

MEXICO CITY – Polis Mexico menemui potongan tubuh wanita yang dimasukkan dalam periuk dan diletakkan di atas dapur.

Potongan mayat tersebut dipercayai milik seorang wanita yang dilaporkan hilang seminggu lalu.

Pada 13 Januari lalu, polis Taxco, menerima laporan seorang wanita telah hilang. Identitinya tidak didedahkan namun kali terakhir dilihat ketika dia meninggalkan rumahnya adalah untuk menjemput anaknya di kediaman bekas suaminya.

Dilaporkan dari Sky News, pada Isnin lalu, polis mendedahkan penemuan mayat yang dipotong dan diletakkan di dalam periuk di atas dapur.

Jurucakap polis, Roberto Alvarez memberitahu, pelaku jenayah itu dipercayai bekas suami mangsa.

“Kes itu sedang disiasat sebagai kes pembunuhan wanita yang berkaitan alasan jantina,” kata Alvarez.

Pembunuhan terhadap wanita atas dasar jantina (femicide) kerap berlaku di Mexico dengan tujuh kes dilaporkan berlaku setiap hari pada 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *