Pengarang Cerita Fantasi Terkenal Meninggal

NEW YORK – Pengarang cerita fantasi terkenal, Ursula K Le Guin meninggal dunia di kediamannya, semalam pada usia 88 tahun.

Le Guin menempa nama menerusi siri buku bertajuk ‘Earthsea’ yang ditulis pada akhir 1960-an dan mengisahkan perjuangan seorang ahli sihir muda menentang kuasa jahat, lama sebelum siri Harry Potter dihasilkan serta menjadi tumpuan peminat.

Selain novel, mendiang turut menghasilkan buku kanak-kanak, cerita pendek, puisi dan esei.

“Keluarga mendiang Ursula K. Le Guin amat bersedih dengan pemergian beliau tengah hari semalam,” kata satu kenyataan pendek yang dimuat naik di akaun Twitter mendiang.

Kematian Le Guin turut diratapi pengarang kisah-kisah jenayah terkenal Amerika, Stephen King yang memuat naik tweet mengenai mendiang.

“Bukan hanya pengarang sains fiksyen, tetapi juga ikon kesusasteraan. Semoga dirahmati Tuhan,” katanya, lapor BH

Menerima pendidikan awal di Kolej Radcliffe, Massachusetts dan Universiti Colombia, Le Guin adalah penerima Felo Fullbright pada tahun 1953 serta memiliki kepakaran dalam jurusan antropologi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *