Ayah Tikam Perut Anak Selepas Bagi Pizza

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tersenyum gembira selepas menjamu selera dengan beberapa keping piza.

Malangnya senyuman itu adalah yang terakhir sebelum Mylee Billingham apabila dia ditikam oleh bapanya sendiri dalam kejadian di West Midlands pada Ahad malam.

Suspek, Bill Billingham yang berusia 54 tahun sebelum itu memuat naik gambar anaknya tersenyum di hadapan sebuah pinggan berisi piza di laman Facebook miliknya pada pukul 8.15 malam Ahad dengan kapsyen: “Pitza on bed lv moo x’.”

Ibu mangsa, yang telah berpisah dengan Billingham memberi tanda suka terhadap posting tersebut.

Bagaimana pun sejam kemudian terdengar jeritan daripada Taundry: “Mereka tikam anak saya”.

Taundry tinggal berdekatan dengan tempat kejadian.

Mylee ditemui dengan kecederaan di perut dan dihantar ke hospital, namun gagal diselamatkan.

Manakala Billingham yang disyaki turut menikam perutnya sendiri dirawat di hospital dengan pengawasan polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *