Video: Lamar Kekasih Di Mall Balasan Yang Diterima Wanita Ini Menyedihkan

Ini adalah saat yang begitu memilukan bagi seorang wanita yang berani melamar lelaki idamannya sendiri.

Bahkan lamaran ini dilakukan ditengah orang ramai di pusat membeli belah sebuah mall.

Di dalam video yang dimuat naik oleh Abdul Kuku di Youtube tersebut, terlihat wanita berbaju hitam tengah bercakap  dengan beberapa orang di dalam sebuah mall.

Rupanya dia sedang menunggu lelaki idaman yang akan dia lamar.

Ketika lelaki yang dia idam-idamkan itu muncul setelah turun dari eskalator, perempuan itu dengan berani  berlutut di tengah orang ramai dalam mall tersebut.

Wanita itu juga kelihatan  membawa cincin yang dia pegang di tangan kanannya namun lelaki tersebut  hanya diam sahaja.

Kemudian lelaki yang berasal dari Nigeria ini kelihatan meminta maaf kerana tidak boleh menerimanya.

Wanita ini tetap terus berlutut walau pun lelaki yang dia lamar terus membelakanginya.

Mereka berdua pun  berbincang-bincang sehinggakan lelaki tersebut terlihat semakin binggung

Kemudian lelaki itu pun mendekatinya dan mengajaknya untuk bangun lalu memeluknya.

Selepas memeluk,lelaki tersebut membisikan sesuatu yang membuat wanita itu terkejut dan berlarian sambil menangis.

Dilaporkan dari Mirror.co.uk, sebelum wanita itu menangis , lelaki yang dia lamar itu membisikan sesuatu.

Dimana di dalam bisikannya itu, lelaki tersebut mengatakan bahawa dia sudah berkahwin.

Lihat videonya :

Courtesy Youtube/abdul kuku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *