Video: Apa Uniknya Sneakers Nike PlayStation-PG2?

Sneakers NIKE PlayStation PG2 telah diilhamkan dari Bintang bola keranjang liga profesional dari Amerika Syarikat, kelab NBA Thunder, Oklahoma City iaitu Paul George.

“Saya ingat, pada pagi di hari Krismas, saya membuka sebungkus hadiah untuk saya, dan saya yakin itu isi kandungannya PlayStation 2,” kata atlet berusia 27 tahun ini.

“Sejak itu, saya menjadi orang yang benar-benar menggemati permainan PlayStation,” katanya yang memetik laman Trend Digital.

Jadi tak hairan jika sekarang, minat Paul George terhadap mesin permainan itu terus berlanjutan sehingga ia diilhamkan oleh pengeluar kasut ternama Nike, untuk diadaptasi ke atas sneakers tersebut.

Sneakers tersebut adalah “milik” Paul George, yang menjadi duta produk terbaru Nike, dimana ia diinspirasikan dari semangat pemain yang pernah mengalami patah kaki parah, sejak memperkuat pasukan rasmi AS itu.

Kasut itu memaparkan logo George di sebelah kanan, dan logo PS yang terkenal di sebelah kiri.

Dengan dominasi warna biru tua, bersarung warna neon pada bahagian atas solnya, kasut itu telah dipakai George ketika Thunder menghadapi Cavaliers, Cleveland, kemarin (20/1/2018).

Perlawanan itu dimenangi oleh Thunder dengan skor 148-124.

Walaupun gelap, kasut baru George masih kelihatan “mewah”, dengan logo swarov merah jambu dan sepadan dengan bintik berwarna pada sol.

Juga, tali kasut dibuat dalam pelbagai warna.

Lubang-lubang itu turut memiliki warna biru, hijau, merah jambu, dan merah, serta mempunyai butang pada tongkat pengawal kotak konsol.

Selain warna dan reka bentuk yang menarik, kedua-dua logo PG dan PS pada bahagian hujung kasut boleh dinyalakan apabila ditekan.

Idea ini sama seperti terdapat pada DualShock PS yang terkenal.

Terdapat juga bateri kecil yang boleh diubah setiap 150 jam.

George merupakan pemain ke-21 dalam NBA memiliki kasut yang di “tandatangan”.

Malah, beliau terlibat secara langsung dalam reka bentuk kasut tersebut.

“Ia adalah hubungan saya dengan Nike,” kata George.

“Mereka benar-benar mengambil inspirasi daripada saya dan sanggup menerima semua input dengan segenap hati saya, sekali gus dapat mewujudkan kasut ini.

Terdapat juga bonus khas yang datang dengan kasut bagi pencinta PlayStation.

“Kami bekerja secara langsung dengan pasukan PlayStation untuk setiap aspek kasut ini,” kata Tony Hardman, pereka PG1 dan PG2.

“Satu perkara yang mereka berikan, yang sangat hebat, adalah grafik bintang daripada tema dinamik yang disediakan untuk PlayStation 4 anda dengan kod dari kasut.”

“Ia adalah grafik yang cantik,” kata Hardman.

Beberapa pemain NBA lain adalah peminat PG1, dan George berharap kasut baru akan memberi inspirasi kepada bintang NBA masa depan.

Sneaker PG2 bakal di pasaran pada 10 Februari depan dengan harga 110 AS dolar. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *