PH Gila Kuasa, Belum Apa-apa Sudah Minta Najib Bagi Taklimat Dasar Luar

Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) masih belum diadakan manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih sibuk dengan tugas sehariannya memimpin negara dan berkhidmat untuk rakyat. Namun belum apa-apa, Pakatan Harapan (PH) sudah gila kuasa.

Mereka meminta supaya Najib memberi taklimat kepada calon Perdana Menterinya, Dr Mahathir Mohamad berkaitan keputusan-keputusan dasar luar negara.

Permintaan tidak munasabah itu dibuat oleh Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (Harapan) menerusi kenyataan bersama daripada Liew Chin Tong (DAP), Dr Dzulkefly Ahmad, (Parti Amanah Negara), Datuk Dr Rais Hussin, (Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Syed Ibrahim Syed Noh (PKR).

Kononnya ia adalah untuk menjamin konsensus dwi parti dan peralihan kuasa yang sempurna sekiranya berlaku perubahan kerajaan selepas PRU14.

“Untuk memastikan negara-negara asing tidak terkesan akibat perubahan kerajaan, dalam mana-mana demokrasi matang ketua pembangkang biasanya akan diberi taklimat oleh kerajaan berhubung dasar luar negara dan isu-isu keselamatan,” demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Setiausaha Pakatan Harapan, seperti yang dilaporkan Sinar Harian semalam.

Kenyataan yang dibuat oleh majlis berkenaan merupakan sesuatu yang sangat kelakar kerana tiada dalam peruntukan undang-undang pun yang menetapkan bahawa menjadi tanggungjawab Perdana Menteri untuk memberi taklimat mengenai polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan kepada Mahathir yang kini menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Mahathir hanya menjadi calon PM oleh Pakatan Harapan sahaja, itu pun bukan semua penyokongnya menerima pemilihan Mahathir.

Malah pemilihan Mahathir sebagai calon PM pun tiada kaitan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN), hanya PH sahaja yang syok sendiri. Calon Perdana Menteri adalah tidak diiktiraf di dalam mana-mana peruntukan undang-undang negara.

Ternyata PH begitu yakin seolah-olah mereka akan menang sehingga sanggup membuat kenyataan sedemikian rupa.

Belum pernah dalam sejarah seorang Perdana Menteri perlu memberikan penjelasan kepada calon Perdana Menteri daripada pembangkang mengenai dasar yang dilaksanakannya termasuk semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu.

Disebabkan oleh keadaan ini, maka penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff bertanyakan soalan, kenapa Pakatan Harapan terlalu gelojoh.

“Kenapa Pakatan Harapan terlalu gelojoh dengan kuasa sedangkan bayang kuasa pun masih jauh dari kelihatan dan kenapa pula Pakatan Harapan kelihatan terlalu fokus untuk menjaga kepentingan negara asing?,” demikian soalnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *