Kilang Ini Bayar Gaji Pekerja Dengan Batu Bata

Sebuah kilang batu bata di China yang tidak dapat memenuhi tanggungjawab membayar gaji pekerja-pekerjanya dan terpaksa menyerahkan beratus-ratus batu bata dari produksi yang diberikan kepada pekerjanya.

Dipetik daripada SCMP, kira-kira 30 pekerja di kilang batu bata di Nanchang City, di timur China, tidak menerima upah mereka lebih daripada RM553,426.83 .

Para pekerja terus menuntut hak mereka namun tidak juga mencapai kata sepakat dengan pemilik kilang, hingga mereka akhirnya meminta bantuan tenaga buruh.

Pihak berkuasa tempatan telah berunding dengan pemilik kilang dan hasilnya, pemilik kilang bersedia membayar sebahagian gaji, namun bukan dalam bentuk wang tunai.

Dilaporkan harian Jiangxi Daily, pemilik kilang bersedia menyerahkan kira-kira 290,000 keping batu bata bernilai kira-kira RM49,193.50  kepada para pekerja.

Jumlah ini tidak meliputi semua hak pekerja yang akan dibayar oleh syarikat, tetapi pemiliknya berjanji untuk terus mencari cara untuk membayar gaji pekerja mereka.

Tidak dijelaskan mengapa kilang itu gagal memenuhi tanggungjawab gaji kepada pekerjanya. Juga tidak dijelaskan sama ada pekerja menerima bayaran separa dengan cara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *