Ditahan Hina Islam, Melayu

JELEBU – Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan di rumahnya di Simpang Durian di sini, awal pagi tadi, kerana dipercayai memuat naik status yang menyinggung perasaan umat Islam dalam laman Facebook miliknya.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata suspek ditahan jam 1.30 pagi berikutan laporan polis dibuat seorang guru berusia 53 tahun kira-kira dua jam sebelum itu, lappr BH

“Polis merampas sebuah telefon bimbit bersama dua kad sim daripada suspek yang mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah harta benda.

“Dia direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya di sini, hari ini.

Selain dipercayai menghina agama Islam, beliau berkata, suspek didakwa melakukan provokasi terhadap orang Melayu melalui statusnya dalam laman sosial itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *