Aroma Masjid Di Brunei Seakan Masjid Nabawi

Melangkah kaki ke dalam bangunan utama masjid Masjid Jame ‘Asr Hasanal Bolkiah, terutama di hari Jumaat, membuat jemaah yang memasukinya menghirup aroma harum seolah seperti di masjid Nabawi.

“Ia menggunakan bukhur,” kata Rifat, seorang penduduk Brunei Darussalam.

Aroma wangi itu dirangkum bersama keindahan senibina Masjid Jame ‘Asr Hasanal Bolkiah ini.

“Kubah masjid bersalut emas asli,” sambung Rifat yang ketika ini sedang menuntut di UNISSA, Universiti Islam Sultan Sharif Ali iaitu Sebuah universiti Islam terbesar di Brunei.

“Sebagai mahasiswa ekonomi, untuk melihat kesejahteraan sebuah masyarakat, tidak cukup hanya melihat kesejahteraan materialnya saja, tapi perlu memerhatikan kesejahteraan kerohanian,” kata Taufiq Affandi, pembimbing kajian akademik tersebut.

Keindahan senibina dan bangunan masjid yang menakjubkan membuatkan sesiapa sahaja pasti kagum melihatnya.

Ia mempunyai 29 kubah emas di atasnya dan 4 menara.

Masjid ini dibina 100 peratus wang peribadi Sultan Bolkiah, 29 sultan yang telah memerintah 51 tahun sehingga hari ini.

Bangunan masjid ini adalah salah satu masjid terbesar di Brunei selepas Masjid Sultan Oemar Ali Syaifuddin.

Motif bintang di dalam kubah masjid, tangga yang berlingkar dengan warna emasnya, kebun yang dilengkapi memperlihatkan tanaman hiasan di halamannya yang cukup indah.

Malah kolam di setiap sudut masjid turut mengindahkan kemegahan bangunan masjid bak istana kerajaan ini.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *