Syukur Bumbung Tak Hempap Keluarga

TUMPAT – Sebuah keluarga di sini, bernasib baik apabila tidak hempap bumbung garaj di hadapan rumahnya yang runtuh secara tiba-tiba dalam satu kejadian di Kampung Tanjung Kuala, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, pemilik rumah berkenaan, Nasir Abdul Rahman, 60, berada di kedai kopi berhampiran, lapor Sinar

Nasir berkata, sebelum kejadian, dia sudah berasa tidak sedap hati selepas melihat tiang simen bumbung garaj itu senget.

“Biasanya, anak saya (Norhidayah,23) parkir keretanya di bawah garaj ini, namun ketika kejadian dia tiada di rumah kerana keluar ambil laksa.

“Sebelum pergi ke kedai kopi, saya tunggu anak pulang hampir setengah jam di rumah. Takut-takut garaj ini runtuh ketika dia parkir kereta.

“Tapi ketika itu anak tak pulang dan saya terus keluar ke kedai kopi,”katanya.

Namun menurutnya, selepas pulang ke rumah dia terkejut apabila melihat bumbung garaj itu sudah runtuh.

Tambahnya, mujurlah anaknya pulang lewat kalau tidak tentu keretanya dihempap bumbung garaj.

Nasir berkata, isterinya, Habsah Abdul Rahman, 54, juga selamat kerana ketika kejadian dia sedang solat Isyak di biliknya.

“Mungkin ada kayu reput, itu yang menyebabkan bumbung garaj runtuh, lagi pun dah 15 tahun usia garaj ini.

“Malam tadi (kelmarin) cuaca baik, tiada ribut atau pun hujan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *