Kertas Jawapan Untuk Ulasan, Kritikan Yang Sering Diajukan Berkenaan Mahathir, Pakatan Harapan

Tulisan asal oleh:
Hafidz Baharom, Malaysian Today, 18 Januari 2018

Ulasan: “Kita mesti memaafkan Mahathir kerana hanya beliau yang boleh menyelamatkan Malaysia.”

Jawapan: Beliau telah memegang kuasa selama 22 tahun – jadi kenapa beliau tidak selamatkan Malaysia ketika itu? Beliau mempunyai lebih daripada 1/3 tempoh masa Umno semasa beliau berkuasa. Kenapa beliau tidak menyelamatkan Malaysia ketika itu? Malah, bukankah Pakatan dan sekutu mereka yang mengatakan bahawa Mahathir adalah sebab kepada semua perkara yang salah di negara ini? Bagaimanakah tanggapan ini telah berubah hanya untuk keinginan mereka sendiri untuk mendapatkan kuasa?

 

Ulasan: “Beliau tidak mahu apa-apa. Beliau hanya mahu menyelamatkan negara.”

Jawapan: Betulkah? Jawab ini untuk saya – Tun Mahathir kini berusia 93 tahun, dengan Datuk Seri Wan Azizah sebagai timbalannya. Jika beliau meninggal dunia semasa memegang jawatan perdana menteri, bolehkah Wan Azizah menjadi perdana menteri tanpa krisis perlembagaan? Walaupun Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa tidak ada diskriminasi berdasarkan jantina, kita nampak bagaimana kemelut Menteri Besar Selangor menampakkan keupayaan dirinya untuk memegang jawatan sedemikian.

Adakah ini akan berlaku sekali lagi, dan untuk tempoh berapa lamakah negara akan berjalan tanpa seorang Perdana Menteri? Agaknya bagaimanakan keadaan negara ketika itu, mempunyai kerajaan dengan kabinet sementara yang tidak berkesan yang mungkin boleh mengambil masa yang lama untuk diperbetulkan?

Selain itu, siapa yang akan menjadi timbalan perdana menteri Wan Azizah? Adakah terdapat perjanjian belakang tabir untuk melantik Datuk Mukhriz Mahathir sebagai TPM?

 

Ulasan: “Kami menawarkan perubahan.”

Jawapan: Tidak, Pakatan tidak benar-benar menawarkan apa-apa seperti itu. Kepimpinan mereka adalah yang sama yang telah kalah pilihan raya umum sejak tahun 1960-an hingga sekarang, tanpa perubahan dalam kepimpinan tertinggi walaupun setelah berterusan kalah pilihan raya umum pada 2008 dan 2013. Sebaliknya, Pakatan terus kekal dengan barisan itu seolah-olah ia sudah cukup baik untuk terus dengan pemimpin dinosaur mereka.

Satu-satunya perubahan yang bermakna baru-baru ini dalam Pakatan adalah ini – mereka telah membuang sekutu Islam mereka hanya untuk digantikan dengan sekutu Melayu sahaja yang lebih bersifat rasis untuk cuba menghancurkan asas undi Umno.

 

Ulasan: “Pakatan akan mengawal Mahathir”

Jawapan: Ya, Pakatan dengan perbalahan dalaman dan tikam belakang antara mereka sendiri akan entah bagaimana mengawal bekas perdana menteri yang membuang tiga timbalan menterinya, memecat ketua hakim, menghancurkan parti lama dan melarang keanggotaan pengkritiknya, dan malah menapis media dan memenjarakan satu timbalannya untuk rasuah dan mencemarkan reputasinya dengan tuduhan liwat.

Dan anda fikir anda boleh mengawal beliau dan partinya?

 

Ulasan: “Jika tidak Mahathir, siapa lagi?”

Jawapan: Adakah anda bermaksud bahawa anda mempunyai 20 tahun dalam Pembangkang – lebih lama untuk DAP – dan anda tidak pernah peduli untuk melatih mana-mana pemimpin muda untuk menjadi Perdana Menteri? Adakah ini juga mengapa anda tidak dapat membentuk kabinet bayangan?

Baik, keluarkan Tun Mahathir dari persamaan – siapakah calon Perdana Menteri anda selepas Anwar dan Wan Azizah? Mari kita beri mereka jawatan itu.

Atau adakah anda tidak pernah kisah untuk berfikir sejauh itu selepas satu dekad menjadi pakatan pembangkang yang berkredibel?

 

Ulasan: “Semua orang menyokong Mahathir.”

Jawapan: Tidak, tidak semua. Malah, banyak NGO dan NGI yang telah menyuarakan kekecewaan mereka terhadap Mahathir dan Najib.

Ini termasuklah:

Tenaganita

Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit)

Teoh Beng Hock Trust for Democracy

Mamas Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia

 

Ulasan: “Oh, NGO-NGO ini dibeli oleh Najib.”

Jawapan: Biar betul, TEOH BENG HOCK TRUST boleh dibeli oleh Najib?!

 

Ulasan: “Tidak mengundi hanya memihak kepada BN.”

Jawapan: Mengundi untuk BN bermakna memihak kepada BN. Tidak mengundi atau merosakkan undi sebagai tindakan protes adalah hak yang diberikan kepada setiap individu, bahkan kepada ahli parlimen yang dipilih. Ia adalah tindakan penolakan kedua-dua belah pihak kerana gagal untuk membuktikan diri mereka dan memenuhi kehendak dan keperluan pengundi. Ia tidak memihak dan memberi kelebihan kepada mana-mana pihak.

Tanggungjawab terletak pada parti politik dan ahli politik untuk memberikan pengundi rasa perlu untuk mengundi. Jika mereka gagal, itu adalah kegagalan mereka, bukan kegagalan kita.

 

Ulasan: “Bukan pengundi adalah blok ketiga yang dicipta oleh Najib” – tuduhan tidak masuk akal oleh Ketua Komunikasi PAN sendiri

Jawapan: Bukan pengundi tidak diwujudkan oleh Najib. Ia dicipta oleh Pakatan Harapan dan penyokongnya selepas 10 tahun menanam dalam pemikiran semua orang bahawa Mahathir adalah diktator. Populasi bukan pengundi terkini adalah penyokong setia Pakatan sehingga kini, ada yang bahkan sejak 1999 semasa tempoh Reformasi.

 

Ulasan: “Golongan belia tidak mengundi adalah golongan yang tidak celik politik.”

Jawapan: Ini adalah penghinaan kepada golongan belia. Belia yang kini kecewa dan mempromosikan tidak mengundi lebih celik daripada kebanyakan dan malah telah terlibat dalam politik negara sejak sebelum mereka mendapat hak untuk mengundi.

 

Ulasan: “Bukan pengundi akan hidup dengan akibat daripada keputusan mereka.”

Jawapan: Ya, kita akan hidup dengan akibat daripada tindakan itu. Semua orang begitu. Sekalipun anda mengundi seorang diktator untuk kembali berkuasa atau bahkan menyokong seseorang yang telah mencuri dan menyalur keluar berbilion-bilion wang dari negara ini untuk kroninya. Kedua-dua kategori tersebut ada pada kedua-dua calon perdana menteri.

 

Ulasan: “Ada yang telah mati untuk hak mengundi.”

Jawapan: Lebih penting, ada yang telah mati untuk agama, tidak bermakna semua orang harus mempercayainya. Sama juga dengan mengundi.

 

Ulasan: “Cukuplah dengan 60 tahun di bawah kerajaan yang sama.”

Jawapan: Mahathir adalah perdana menteri untuk kerajaan itu selama 22 tahun, lebih daripada satu pertiga masa kerajaan itu berkuasa. Kenapa anda mahu memberikannya kepada beliau semula?

 

Ulasan: “Jangan bimbang tentang bukan pengundi dan undi rosak. Mereka tidak akan menjejaskan apa-apa.”

Jawapan: Undi rosak dan bukan pengundi telah menyebabkan Pakatan Harapan kehilangan kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri. Tetapi hei, jika itu tidak akan menjejaskan apa-apa, mengapa orang-orang ini terus mengejek dan memperlekehkan gerakan itu?

Dan adakah ini sepatutnya memenangi hati pengundi atas pagar yang masih belum memutuskan untuk mengundi? Jika ya, teruskanlah.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/frequently-asked-comments-criticism-answer-sheet-on-mahathir-pakatan-harapan-and-not-voting/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *