Ezam Mohd Noor Sah Mahu Tanding Parlimen Shah Alam

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Shah Alam bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru selepas Datuk Ezam Mohd Noor mengesahkan akan bertanding di situ.

Bekas senator dan ketua Pemuda PKR itu menjelaskan pemilihan untuk bertanding di Shah Alam kerana merasakan ia tempat yang sesuai untuk membawa mesej melawan rasuah.

“Sebab apa, itu semua nanti saya akan maklum selepas Parlimen dibubarkan.

“Fokus kita untuk bawa isu salah guna kuasa dan harta negara, jadi Shah Alam adalah medan terbaik untuk kita sampaikan mesej kepada rakyat,” beliau dipetik berkata di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Setiausaha Hisbah Malaysia, Abdul Ghani Haroon mengumumkan penyertaan Ezam dalam satu kenyataan.

Ini merupakan kali kedua Ezam mencuba nasib di Shah Alam, selepas ditewaskan calon BN Datuk Mohd Zin Mohamed dengan majoriti tipis 1,440 undi pada pilihan raya 1999.

Kerusi Shah Alam sekarang ini diduduki wakil rakyat Parti Amanah Negara, Khalid Samad. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *