Video : Ibu, Anak Diselamatkan Dari Tasik Beku

Baru- baru ini di Tangshan City, berlaku satu insiden yang menghayat hati.

Insiden ini melibatkan ramai orang yang saling membantu ibu dan anaknya yang berada dalam keadaan kritikal.

Orang ramai telah membantu menyelamatkan seorang ibu dan dua orang anaknya yang terjatuh di sebuah tasik beku di utara China.

Insiden ini berlaku ketika ketiganya tengah berjalan di taman berhampiran kawasan tasik pada (7/1/2018).

Kemudian salah seorang kanak-kanak cuba bermain di tasik kerana dia pasti permukaannya benar- benar beku.

Malangnya bahagian tasik yang mereka pijak itu ternyata retak kerana ia tidak sepenuhnya membeku sehingga menyebabkan ketiganya terjatuh ke dalam air beku dengan kedalaman dua meter.

Kemudian, orang ramai yang melihat turut membantu dengan membuat satu rantaian bagi menahan ais itu daripada retak.

Suhu udara pada ketika itu mencapai 13 darjah Celsius. Oleh itu, mereka perlu segera diselamatkan.

Seorang lelaki penyelamat terjun ke dalam air bagi memastikan kanak-kanak yang hampir lemas itu dapat mengangkat kepalanya.

Akhirnya mereka yang membuat rantaian manusia mula berpaut antara satu sama lain untuk menyelamatkan tiga beranak itu.

Jumlah kumpulan yang membuat rantaian itu terdiri daripada 12 orang yang mampu membentuk rantaian manusia sepanjang 20 meter.

Tindakan ini dilakukan untuk memastikan tiada sesiapa lagi bakal terjatuh ke dalam air pada masa yang sama dapat membantu keluarga yang berada dalam ais tersebut.

Menurut laporan media tempatan, tindakan menyelamat berlangsung kurang dari tiga minit.

Akhirnya, ketiga-tiga mereka berjaya diselamatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *