Video: Detik-Detik Mencemaskan Ketika 4 Ekor Jerung Hampiri Seorang Budak Kecil

Berenang di pantai memang menyeronokkan. Namun ia akan jadi sebaliknya jika di pantai tersebut terdapat ikan ganas seperti jerung.

Dilaporkan dari Indy100 dan akaun YouTube Artem Tkachenko, sebuah rakaman video daripada kamera pesawat menunjukkan seorang kanak-kanak berenang di pinggiran pantai.

Insiden itu berlaku di Bahamas. Selepas budak lelaki itu melompat ke dalam air, ikan jerung seperti tertarik oleh gerakan tersebut dan mula berenang ke arahnya.

Dia kemudian menjerit untuk menghalang daripada diserang oleh sekumpulan jerung.

Di belakang budak lelaki ini, terdapat empat ekor ikan jerung yang laju bergerak menghampirinya.

Nasib baik, budak lelaki yang tidak dikenali itu segera keluar dari air dan empat ekor ikan jerung itu kemudian kembali ke arah belakang.

Tonton video di ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *