Sultan Johor Melawat Mangsa Banjir

MERSING – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Mersing Kanan dan SK Air Papan di sini hari ini.

Ketibaan Sultan Johor diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani sebelum baginda diberikan taklimat berkenaan keadaan banjir di daerah ini.

Baginda kemudian beramah mesra dengan mangsa banjir sebelum meninjau tempat tidur dan kawasan penyediaan makanan di kedua-dua pusat pemindahan tersebut.

Sultan Ibrahim turut menyampaikan sumbangan barang keperluan dan sebelum berangkat pulang sempat mengingatkan mangsa banjir supaya menjaga diri terutama kanak-kanak.

Setakat ini seramai 1,239 orang dari 347 keluarga ditempatkan di pusat-pusat banjir sekitar daerah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *