Polis Trafik Cedera Dirempuh Mat Rempit

SHAH ALAM – Seorang anggota polis trafik cedera dirempuh sekumpulan samseng jalanan dalam Ops Rempit di Persiaran Shah Alam, awal pagi tadi.

Akibat rempuhan itu, anggota polis trafik terbabit mengalami kecederaan di tangan.

Dalam operasi selama empat jam yang berakhir kira kira jam 4 pagi tadi di KM11.6 susur masuk Shah Alam menghala Kuala Lumpur itu turut menahan pelajar Institiut Pengajian Tinggi (IPT) yang cedera ketika membuat pusingan U.

Lensa kamera yang menyertai ops berkenaan sempat merakamkan sikap agresif anak muda menunggang motosikal.

Sementara itu, 40 penunggang motosikal ditahan kerana tidak memiliki lesen, cukai jalan tamat tempoh dan terbabit dengan kes curi motosikal.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *