Mampukah City Kekal Rekod Tanpa Kalah ?

Oleh Suzein Yana

Pep Guardiola menggesa anak buahnya memberi tumpuan kepada usaha mencipta sejarah sebagai pasukan yang belum pernah tumpas musim ini apabila mengunjungi Liverpool untuk aksi Liga Perdana Inggeris esok (awal pagi Isnin waktu Malaysia).

Berbekalkan rekod cemerlang membelasah Liverpool 5-0 pada awal musim, Guardiola menjangkakan bakal berdepan misi balas dendam anak-anak buah Jurgen Klopp dalam usahanya untuk melebarkan penguasaan selaku pendahulu liga.

City kini berada 15 mata di depan pasukan di tempat ke­dua liga iaitu Manchester United dan 18 mata di depan Liverpool yang menghuni anak tangga keempat.

Jika berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di Anfield, City mempunyai baki 15 perlawanan lagi untuk mencipta sejarah tersebut sekali gus mengikut jejak Arsenal (2003-04) dan Preston (1888-89) yang tidak pernah kalah dalam satu musim.

Liverpool juga tidak kurang hebatnya kerana sudah melalui 17 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandi­ngan, tumpuan sudah pasti kepada gandingan Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino disamping itu ‘The Reds’ di bekalkan pertahanan kental Virgil Van Dijk .

Kali terakhir Liverpool kalah ialah di tangan Tottenham pada 22 Oktober tahun lalu dan pemergian Coutinho ke Barcelona bakal menentukan sama ada pemain yang ada sekarang mampu mengekalkan rekod tanpa kalah tersebut .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *