Dilaporkan Bunuh Diri, Mayat Tiba Tanpa Mata, Otak dan Organ Lain

Seorang wanita warga Filipina, Liezl Trus Hukdong telah berhijrah ke Kuwait pada 17 Disember 2016, namun telah menggantung diri. Namun keluarganya sukar mempercayai kejadian itu.

Ketika mayatnya Liezl tiba di Filipina pada 5 Januari lalu, keluarganya terkejut apabila mendapati mayatnya tidak nampak seperti meninggal akibat bunuh diri.

Ia mempunyai bekas potongan besar di tubuhnya yang kemudian dijahit kembali. Paru-paru, otak, mata, buah pinggang dan lidahnya telah hilang. Hanya usus sahaja yang ada. Keadaan ini mengejutkan keluarganya.

Mereka telah meminta bantuan daripada agensi, Greatworld International Managemeng [sic] Inc. (Zaidamen Enterprises Inc) di Kuwait tapi anehnya Leizl masih berdaftar sebagai pekerja aktif. Leizl ke Kuwait bersama saudaranya, Jerchell Bracero Jurial.

Anak saudaranya, Gracel Ann Hukdong, kemudiannya telah memuatnaik gambar-gambar mayat Liezl yang mengerikan dengan kesan jahitan di badannya dalam Facebook. Gambar itu kemudiannya menjadi viral.

Sementara dokumen yang dibawa bersama mayatnya pula mencurigakan kerana terdapat kesilapan dalam ejaan, tiada tandatangan daripada doktor serta pihak berkuasa dan tidak ada nomber lesen doktor.

Dokumen bedah siasat juga tidak disertakan sekali.


Gracel berkata, kali terakhir keluarganya berhubung dengan Liezl adalah sekitar September tahun lepas tetapi pada November lalu, akaun Facebook wanita itu tidak aktif lagi.

Apabila ditanya pada Jerchell mengenai Liezl, lelaki itu memaklumkan ibu saudaranya itu sihat.

“Apabila kami bertanya kepada Jerchell mengenai kematian Liezl, kami dapati cerita yang disampaikan tidak tepat. Kami kemudian meminta bantuan daripada agensi Liezl dan mereka memberitahu tidak tahu bahawa Liezl telah meninggal dunia.

“Kematiannya tidak dimaklumkan dan statusnya di agensi itu masih aktif,” kata Gracel.

Gracel memberitahu, ibu saudaranya itu sangat rapat dengan mereka dan dia telah berpisah dengan suaminya. Liezl ada dua anak dan kini ibu bapanya menjaga anak-anaknya itu.

Gambar-gambar yang disebarkan di Facebook Gracel itu telah dirakamkan oleh abang Liezl iaitu Ruben. Apa yang menghairankan mereka kenapa kematian Liezl tidak dimaklumkan kepada kedutaan Filipina di Kuwait dan kenapa semua organnya dikeluarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *