Capital TV Berwajah Baru Kini Dikenali Channel W

KUALA LUMPUR – Capital TV yang beroperasi sejak 2011 kini berwajah baru dan dikenali sebagai Channel W selepas penggabungan Capital TV dan akhbar Warta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Noor Azman Yusoff, bermula 3 Januari lalu Channel W mempelbagaikan kandungan siarannya dan disiarkan secara langsung menerusi platform TV dan online.

“Orang ramai boleh saksikan Channel W di saluran 420 Unifi TV dan secara online di Youtube melalui saluran http://youtube.com/channelwmy

“Channel W kini menghidangkan lebih banyak program menarik dan memberi info-info terkini kepada masyarakat bukan hanya masyarakat usahawan dan perindustrian serta sektor kewangan malah pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Ujarnya lagi, siaran Channel W akan bermula dengan segmen Berita Semasa, disusuli segmen ‘Inspirasi’ yang memaparkan gaya hidup dan ‘trend’ meliputi fesyen, kecantikan, kesihatan, pemakanan, Do It Yourelf ( DIY ), seni, hartanah, ‘gadget’, rekreasi dan liburan.

Penonton kemudiannya akan dibawa secara langsung dalam segmen Talking Point untuk berkongsi pengalaman dengan ahli peniagaan mengenai jatuh bangunnya seorang usahawan.

Turut dimuatkan Berita Ekonomi dan perniagaan serta hal ehwal pasaran dan industri.

Channel W juga memaparkan Berita Semasa dan ‘Talking Point’ disambung dengan laporan terkini khas lintas langsung dari lokasi.

Turut dibawakan bersama Tetamu Khas membicarakan hal teknologi semasa terkini. Apa yang menarik ada Kuiz kepada penonton.

“Capital News pula membawakan laporan berita kewangan, perbankan, industri dan ekonomi selama setengah jam dalam bahasa Inggeris secara langsung,” kata Noor Azmi.

Setelah itu, scenario perkembangan fesyen wanita kontemporari hari ini memperlihatkan kepentingan fesyen daripada tuntutan agama pada pemakaiannya.

Segmen Bicara PRU jam 10,05 malam pula akan membawakan laporan Berita dan komentar perihal politik Negara menjelang Pilihan Raya Umum 14 ( PRU 14).

“Pemimpin-pemimpin politik dan wakil rakyat akan ditemubual secara langsung dalam segmen ini setiap malam hingga menjelang PRU,” ujarnya lagi.

Sebelum ini Channel W dikenali sebagai Capital TV dengan motto Inspirasi.Informasi.Motivasi

Katanya, Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu-isu semasa.

Capital TV sudah beroperasi dan ke udara semenjak 1 November 2011 dimiliki oleh syarikat media persendirian Online Dynamics (M) Sdn Bhd dan di siarkan dariPusat Penyiaran di Damansara Perdana, Selangor.

Saluran Capital TV ini boleh didapati melalui HyppTV, platform TV-berbayar yang dimiliki oleh Telekom Malaysia. Kebanyakan saluran HyppTV adalah dalam HD penuh.

Capital TV disiarkan secara percuma melalui saluran #420. Setiap pelanggan HyppTV boleh menonton Capital TV tanpa sebarang bayaran tambahan.

Sebagaimana Capital TV, Channel W juga menemui penonton disaluran yang sama menyambung legasi Capital TV yang sudah berada di dunia penyiaran tempatan sejak 6 tahun lalu.

Kini ia bukan hanya boleh diikuti di saluran #420 HyppTV tetapi juga media social sepertiYoutube, Facebook dan laman sesawang.

Sebarang pertanyaan boleh meng hubungi Pengurus Perhubungan Awam, Azmah Dahari, di talian 016-2121320 dan 03-77276554.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *