Bayi Lahir Bersama Kantung Ketuban

Seorang bayi di Sepanyol dilahirkan dengan keadaan masih dalam kantung amniotik atau kantung ketuban.

Kes ini sangat jarang berlaku dan dianggarkan hanya satu daripada 80,000 bayi.

Kejadian yang berlaku di Sepanyol ini telah dirakam dan video itu telah ditonton lebih daripada 6.8 juta orang kurang daripada satu hari. Video itu menjadi tular di media sosial.

Dalam video, kantung ketuban yang mempunyai bayi itu diletakkan di atas meja. Dimana ia kelihatan jelas bersama dengan plasenta dan tali pusatnya.

Bayi kecil itu bergerak di dalam kantung itu, seolah-olah bersedia untuk dilahirkan di dunia.

Pasukan doktor kemudiannya memotong kantung amniotik dan mengambil bayi kecil tadi.

Doktor kagum melihat kejadian ini yang mungkin akan menjadi satu kali dalam seumur hidup.

Bayi ini dilahirkan selepas kembarnya dilahirkan secara normal. Secara amnya, membran akan pecah sebelum bayi itu keluar dari rahim ibunya. Terdapat juga kes pecah membran awal sebelum masa penghantaran.

Dalam proses pembedahan caesarean, doktor telah membelah lapisan amniotik dengan pisau bedah.

Kantong ketuban dalam rahim ibu itu masih mengandungi cecair. Cecair tersebutlah yang melindungi bayi dari kejutan.

Di dalam kantung ketuban ini, bayi itu berkembang dan mendapat makanan dari ibu dan oksigen.

Walaupun dilahirkan dengan kantung ketuban lengkap, bayi tersebut tidak mengalami masalah kesihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *