APMM Tahan Dua Lelaki Disyaki Bunuh Penyu

SEMPORNA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), menahan dua lelaki kerana disyaki terbabit dengan aktiviti menangkap serta membunuh penyu di perairan Pulau Kerindingan dekat sini, awal pagi tadi.

Dua lelaki palau (bajau laut) berusia 15 dan 35 itu ditahan dalam operasi pada kira-kira 1.30 pagi.

Pengarah Maritim Pangkalan Semporna, Leftenan Komander (Maritim) Amiludin Yenggah berkata, tindakan diambil hasil risikan dan maklumat.

“Kedua-dua lelaki itu tiada pengenalan diri yang sah dan pemeriksaan lanjut turut menemukan empat potongan cengkerang penyu berserta peralatan memburu penyu di dalam bot pam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, Maritim Malaysia sentiasa berusaha mengekang aktiviti menyalahi undang-undang di laut dan sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pusat Operasi Pangkalan Maritim Semporna dengan menghubungj talian 089-782619. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *