Abam Bocey Ajak 1 Malaysia Datang Kenduri Kahwin

Jika kebanyakan selebriti tanah air kini ramai yang ‘merahsiakan’ majlis perkahwinan, Abam Bocey pula mahu membuat kelainan bagi majlis resepsinya nanti.

Abam dan isterinya bakal mengadakan majlis kenduri perkahwinan sebelah lelaki pada 20 Januari ini dan mereka telah menjemput seluruh rakyat Malaysia yang sudi untuk menghadri majlis bersejatrahnya itu di Sungai Salak Batu 10, Jalan Gombak Kuala Lumpur.

“Assalamualaikum… Saya dengan rendah diri menjemput semua kawan-kawan, sahabat-sahabat, saudara mara dan semua rakyat Malaysia untuk hadir di majlis walimatulurus sebelah lelaki pada 20 Januari 2018, Sabtu.

“Majlis bermula pada pukul 12 tengah hari sehingga habis majlis,” tulisnya pada posting baharu di Instagram miliknya semalam.

Abam bukan sahaja mewar-warkan majlisnya itu, malah dia turut meminta agar peminatnya turut mengajak lebih ramai lagi tak kira bangsa ataupun agama.

“Minta panjangkan jemputan ini… Semua dialu-alukan kedatangan tak kira bangsa, agama, pangkat, darjat dan semuanya. Semoga kita semua di cucuri rahmat dan diberi kesihatan yang baik, Insya-Allah. #kitabaikramaisayang #kendurikahwin,” tulisnya lagi.

Berani betul Abam ambil risiko dengan mengajak semua orang hadir.

Tapi, itu tak jadi masalah pun sebab tak ada salahnya juga kalau nak adakan majlis kenduri dan mengajak semua orang bagi memeriahkan majlis, lagi ramai-lagi meriah majlis tu nanti kata orang.

Dalam masa yang sama, ada yang mencadangkan supaya Abam menjadikan isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali sebagai pengurus peribadinya.

Namun bagi Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, dia tidak mahu ada masalah yang akan timbul jika si isteri menguruskan jadual kerjanya.

“Ada masalah apabila isteri menjadi pengurus kita. Isteri saya tak boleh kerja secara profesional. Dia akan kerja dengan emosi. Apabila saya balik lambat, dia akan marah dan tanya bila kerja nak habis. Jadi, saya tak nak campur aduk.

“Tapi sekarang dia dah faham kerja saya bila kami sama-sama merakamkan video pra-perkahwinan yang mengambil masa seharian. Baru dia tahu sukarnya jalani penggambaran,” kata abam petik mStar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *