Tidak Dapat Pulang Kerana Kehabisan Wang, Warga Asing Ini Jual Gambar-Gambarnya Dijalanan

Seorang Backpacker warga asing telah dijumpai menjual gambar perjalanan sendiri buatannya di sebuah pasar di Greenway Hat Yai, Thailand.

Aksinya itu cukup menarik perhatian orang yang melalui jalan itu kerana berani melakukan tindakan tersebut demi mengumpulkan wang untuk pulang ke negaranya.

Penguna media sosial Facebook yang bernama Taiiwan Yanawimuti telah mengabadikannya dalam bentuk video dan dimuat naik ke akaun Facebooknya.

Muncul dalam video itu, warga asing itu memakai baju hitam T-shirt, seluar oren dan selipar hitam.

Dia duduk di kerusi kecil dan gambar-gambar yang akan dijualnya di depannya.

bule

Dipetik dari Coconuts.co, Taiiwan, lelaki backpacker ini berasal dari Ukraine dan dalam muat naiknya dia meminta untuk menyebarkan video itu dan meminta bantuan seikhlasnya.

“Dia mengelilingi dunia dan mencari wang untuk kembali ke Ukraine. Dia menjual gambar yang dia ambil sendiri. Kita boleh membayar berapa pun. Dia juga menceritakan cerita di setiap gambar-gambar itu.. Jom bantu dia #PleaseShare,” tulisnya dalam muat turunnya itu.

Dia mengaku bahawa dia juga membeli gambar Kaukasia dan dia membayarnya untuk RM11.

Video tersebut dimuat naik pada Rabu lalu dan sampai sekarang sudah ditonton lebih dari 190 ribu kali.

Namun ternyata di media sosial ada yang mendukung warga asing  tersebut namun ada pula yang tidak menyukainya.

“Dia tidak mengemis. Dia menjual barang. Jika anda tidak suka, jangan beli dan diam, ” kata seorang netizen.

Seorang wanita lain yang komen, “Saya baru saja menemuinya hari ini. Aku baru saja cakap padanya bahawa dia comel.”

Sementara warganet yang lain yang tidak setuju mengulas, “warga asing boleh saja melakukan hal ini apabila mereka kehabisan wang . Jika kita melakukan perkara yang sama semasa dalam perjalanan, apakah kita akan ditangkap ?.””

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *