Sunny Leone Paling Dicari Di Bollywood, Pernah Berlakon Filem Porno

Akhir tahun lepas, nama selebriti paling tinggi cariannya di India dalam Google adalah Sunny Leone.

Ia tidaklah terlalu mengejutkan kerana  nama Sunny berada dalam carta carian Google sebelum ini.

Cuma apabila nama Sunny berada di kedudukan pertama carian Google di India, ia telah mencetuskan kontroversi.

Banyak yang bertanya-tanya, mengapa Sunny banyak dicari. Sensasi apa lagi yang dilakukan pada 2017 sehingga membuat namanya banyak dicari oleh netizen di India.

Sejak debut di Bollywood pada tahun 2012 lalu hingga sekarang, Sunny memang lebih dikenali sebagai selebriti penuh sensasi. Hanya dua filemnya yang menjulang nama Sunny di Bollywood.

Selebihnya dia hanya muncul sekejab sahaja dalam filem lain. Ada 10 filem dilakonkannya pada 2017 namun dalam semua filem itu dia hanya menjadi cameo semata-mata.

Akhirnya terdedah juga. Sunny rupa-rupanya pernah membintangi puluhan filem lucah di Amerika Syarikat.

Namun ketika di India, Sunny mengaku sudah berhenti dari dunia filem porno. Tidak terhenti di situ, dia juga tanpa segan mengaku biseksual dan pernah menyatakan orientasi seksnya kepada wartawan.

“Aku biseksual, tapi aku lebih suka pada lelaki berbanding wanita,” ujar Sunny.

Dia telah berkahwin dengan Daniel Webber dan kini suaminya menjadi pengurus Sunny di India.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *