Sanchez `Tak Laku’?

Oleh Suzein Yana

Arsene Wenger mengakui masa depan Alexis Sanchez tidak menentu ketika Jose Mourinho dan Pep Guardiola berdiam diri mengenai potensi perpindahan penyerang itu ketika ini.

Usaha Guardiola membeli Sanchez gagal pada hujung jendela perpindahan musim panas lalu dan City menjadi pilihan untuk mengikatnya kali ini namun kelab itu jelas keberatan untuk memenuhi harga diminta Arsenal STG35 juta (RM191 juta).

United kendalian Mourinho difahamkan turut membida sekitar STG25 juta (RM136.5 juta) bagi mengatasi tawaran City STG20 juta (RM109 juta) ketika itu mereka dilihat mahu menambah pilihan serangan sekali gus menafikan musuh utama mereka.

Walau bagaimanapun sehingga kini Wenger belum menerima apa-apa tawaran dari kedua-dua kelab tersohor ini.

Wenger mengakui persaingan bidaan boleh membantu ‘kantung’ Arsenal namun menyatakan ia bukan situasi semasa.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Guardiola dan Mourinho tidak banyak memberi komen mengenai perpindahan bintang Arsenal itu.

Guardiola berkata, fokusnya adalah mengekalkan persembahan baik City apabila mereka berkunjung ke Liverpool bagi aksi Liga Perdana Inggeris malam esok.

Mourinho pula menganggap Sanchez sebagai “pemain luar biasa” namun tidak berminat untuk terus berbicara isu perpindahan bintang Gunners berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *