Mesti Menang Dengan Jordan

Pemain pertahanan negara, Adib Zainudin mengakui moralnya tidak terjejas sebaliknya semakin bersemangat untuk membantu pasukan meskipun tidak diturunkan pada perlawanan pertama Kumpulan C Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun di Changshu, Rabu lalu.

Adib, 22, diketepikan ketika Malaysia tewas 1-4 kepada Iraq dalam aksi pembukaan dengan jurulatih Datuk Ong Kim Swee menurunkan Dominic Tan dan tugas selalu kapten diserahkan kepada Adam Nor Azlin, lapor Metro

Pemain FELCRA FC itu menganggap keputusan Kim Swee sebahagian daripada percaturan pasukan dan mana-mana pemain yang diturunkan pasti akan berusaha memberikan aksi terbaik.

“Saya rasa tak tergugat atau kecewa, sebenarnya kami bersaing dengan amat baik sebab ramai pemain pertahanan dan mungkin selepas ini peluang saya pula. Saya rasa lebih bersemangat untuk rebut tempat semula.

“Saya selalu bersedia untuk bermain tak kisah siapa pemain yang saya ganti. Sesiapa saja akan buat yang terbaik jika diturunkan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Selepas tewas kepada Iraq, skuad muda negara berdepan misi hidup mati menentang Jordan di Stadium Changshu, jam 4 petang ini untuk menghidupkan peluang ke suku akhir.

“Sebenarnya aksi dengan Iraq perlawanan paling baik pernah kami pamerkan setakat ini. Jadi ia pendedahan terbaik buat pemain.

“Mereka (Jordan) seri 2-2 lawan Arab Saudi pada perlawanan pertama jadi peluang kami masih ada. Bertemu Jordan misi hidup mati kami untuk ke peringkat seterusnya, mesti menang dengan Jordan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *