Mampukah ‘The Reds’ Tumbangkan City Tanpa Coutinho?

Oleh Suzein Yana

Untuk menamatkan re­kod tan­pa kalah Manchester City musim ini menjadi idaman kalbu ‘The Reds’ apabila kedua-dua pasukan ‘heavyweight’ itu berentap dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield awal pagi Isnin ini.

Ketepikan dulu perebutan kejuaraan liga terlebih dahulu kerana yang penting anak-anak buah Kloop mesti dapat me­numbangkan City ?? Wow..

Persoalannya, mam­­pu­kah Liverpool berbuat demikian sedangkan mereka baru kehilangan tonggak utama Phillippe Coutinho yang banyak membantu untuk pasukan sebelum ini. Gandingan Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino adalah harapan Kloop untuk menembusi gawang City, namun belum di uji tanpa Coutinho.

Gandingan empat pemain itu agak cemerlang musim ini kerana menjadi penyumbang besar kepada sejumlah 50 gol yang berjaya dijaringkan dalam aksi Liga Perdana, kurang sedikit berbanding City dan lebih lima gol berbanding Manchester United.

Mungkin di benteng pertahanan Liverpool boleh dianggap lebih mantap dengan keha­diran Virgil Van Dijk yang baharu dibeli dari Southampton terutama dalam menyekat jentera serangan City yang cukup hebat musim ini.

Apa yang pasti Klopp mesti buktikan skuad bimbingannya tidak terjejas dengan kehilangan Coutinho dalam pertemuan dengan City. Jika menang, sudah pasti ianya mampu mengukuhkan keyakinan penyokong The Reds

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *