KSM Mahu Pinda Akta Kerja Tangani Diksriminasi Larang Pekerja Hotel Bertudung

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang memuktamadkan draf cadangan pindaan Akta Kerja 1955 bagi menangani diskriminasi di tempat kerja susulan isu larangan bertudung dalam sektor perhotelan baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata cadangan pindaan akta itu adalah hasil perbincangan pada 5 Dis lepas yang melibatkan kementerian dan agensi berkaitan antaranya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia.

“Draf pindaan undang-undang tersebut akan diperhalusi segera bersama-sama beberapa agensi lain yang terlibat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Riot berkata KSM melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) juga telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas 74 buah hotel bertaraf empat dan lima bintang di Pahang, Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak November 2017.

Menurutnya pemeriksaan tersebut bagi mengenal pasti kewujudan unsur-unsur diskriminasi khususnya mengenai larangan pemakaian tudung dan kod etika pakaian ditetapkan majikan.- BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *