Koperal Bogel Depan Anak Gadis Jiran

BANDARAYA MELAKA — Seorang koperal mengaku tidak bersalah atas tuduhan berbogel depan anak jirannya.

P. Maniam, 49 tahun, didakwa berkelakuan kurang sopan dengan berbogel untuk dilihat seorang gadis, 17 tahun, dan bapanya, 57 tahun, lapor Metro.

Anggota polis itu kemudian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh berikutan dakwaan kejadian di Taman Saujana Indah, Bukit Katil pada 18 dan 25 April 2017, jam 5.30 petang.

Tertuduh, tidak diwakili peguam, didakwa bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil 1955 dan boleh didenda RM100, jika disabitkan. Kes disebut semula 8 Februari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *