Video Lucah Kanak-Kanak: Intan Dan Faisal Antara Yang Ditahan

Video lucah yang melibatkan hubungan seks antara wanita dewasa dengan kanak-kanak yang tersebar luas di Indonesia akhirnya telah dibongkarkan. Pelakon wanita itu dikenali sebagai Apriliana alias Intan, berusia 19 tahun.

Manakala kanak-kanak yang terlibat pula berusia 19 tahun. Intan dikatakan sedang hamil empat bulan dan bekerja di sebuah pusat karaoke di Bandung.

Polis juga telah menyerbu rumahnya di Kiaraconcong serta merampas pakaian yang dipakai dalam adegan lucah itu iaitu baju gaun berwarna merah dan pakaian dalam berwarna hitam.

Intan telah berkahwin namun suaminya jarang balik.

Menurut polis, wanita terbabit mengakui telah melakonkan video lucah itu sebanyak tiga kali iaitu dua kali dengan lelaki dewasa pada Mei 2017 dan sekali dengan seorang kanak-kanak.

Penggarapan video itu pula telah disunting dan diarahkan oleh Faisal Akbar.

“Intan juga bertugas untuk mencari kanak-kanak yang akan dijadikan korban dalam filem porno terbabit.

“Selepas menyunting video porno berkenaan, Faisal telah ke Bali untuk menjual video tersebut,” kata polis yang memaklumkan selain Intan, lima yang lain telah ditangkap termasuk ibu kepada kanak-kanak terbabit.

Video itu dikhabarkan telah dibeli oleh pembeli dari Rusia. Pihak berkuasa Indonesia telah bekerjasama dengan Interpol bagi mengesan lelaki terbabit. Video itu dibayar dengan menggunakan mata wang Bitcoin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *