Sheila Tunda Konsert Di Jakarta

KUALA LUMPUR: Konsert penyanyi jazz, Datuk Sheila Majid, di Jakarta, Indonesia, pada 20 Januari ini ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Beliau mengumumkan penangguhan Sheila Majid The Concert Jakarta 2018 itu menerusi Instagram rasminya.

“Selepas mempertimbangkan, dukacita dimaklumkan saya harus mengumumkan mengenai penangguhan konsert di Jakarta ini ke satu tarikh lain.

“Saya memohon maaf kepada peminat tersayang atas kesulitan ini. Begitupun, saya berharap konsert ini akan tetap diteruskan nanti.

“Terima kasih di atas kata semangat yang diberikan. Kita hanya merancang, Allah SWT menentukan apa yang terbaik buat kita. Kita akan ketemu nanti. Pasti. Insya-Allah,” tulisnya.

Terdahulu, penganjur konsert berkenaan turut berkongsi berita penangguhan terbabit sambil menjelaskan, ia berlaku berikutan masalah teknikal yang tidak terduga.

Bagaimanapun, menurut kenyataan dikeluarkan pihak berkenaan, peminat yang sudah pun membeli tiket boleh menggunakannya untuk ke konsert penyanyi terbabit di Jakarta kelak.

Malah, pemegang tiket juga bakal menerima penaiktarafan secara percuma dan mendapat barangan rasmi daripada pihak pengurusan artis berkenaan.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai tiket boleh menghubungi loket.com di talian +622121282126, +622121282127 atau e-mail support@loket.com.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *