Remaja Mangsa Buli Siber Bunuh Diri

SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun yang pernah menjadi model kanak-kanak untuk pengeluar topi Australia iaitu Akubra Hats, lapan tahun lalu, telah bunuh diri selepas menjadi mangsa buli siber.

Amy `Dolly’ Everett, membunuh diri pada 3 Januari lalu.

Ibu bapanya yang sedih dengan kejadian berkenaan telah menjemput pembuli siber media supaya hadir pada upacara pengebumian anak mereka pada Jumaat ini.

Ia bagi membolehkan mereka menyaksikan sendiri bagaimana perbuatan mereka telah menyebabkan kemusnahan hidup orang lain.

Keluarga Dolly yang berasal dari Katherine kini menjadikan `keyboard warriors’ sebagai sasaran susulan kematian anak mereka.

“Minggu ini menjadi contoh bagaimana media sosial sepatutnya digunakan dan menjadi contoh bagaimana ia tidak sepatutnya digunakan.

“Jika berpeluang, mereka yang menganggap perkara ini sebagai gurauan dan menjadikan diri mereka hebat dengan membuli dan memalukan orang lain, tolong datang ke upacara pengebumian ini dan saksikan sendiri kemusnahan yang kamu cipta,’’ kata bapanya, Tick Everett.

Sementara itu, Akubra Hats juga mengambil peluang untuk menyebarkan kempen supaya buli dihentikan menerusi Facebook syarikat terbabit.

“Kebanyakan kamu mengenali gadis ini kerana dia menjadi model iklan Krismas beberapa tahun lalu. Gambar ini dirakamkan lapan tahun lalu.

“Membuli adalah perbuatan yang tidak boleh diterima. Terpulang kepada kita untuk bangun menentang segala bentuk buli. Dolly boleh menjadi anak. adik dan kawan sesiapa,’’ demikian tulis Akubra Hats dalam mesej di Facebook.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *