Pengarah Syarikat Mengaku Salah Buat Tuntutan Palsu RM118,944

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat pembekal benih padi yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijatuhkan hukuman denda RM25,000 selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM118,944, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis.

Hakim Madihah Harullah membuat keputusan tersebut setelah tertuduh, Shuhaimi Ahmad, 58 tahun, pengarah Paddytech Resources Sdn Bhd mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, Shuhaimi didakwa telah mengemukakan invois yang mengandungi butiran palsu sebagai tuntutan bayaran insentif pengeluaran benih padi.

Kesalahan tersebut dilakukan di Bahagian Industri Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Wisma Tani Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya pada 20 Disember 2012.

Bagi pihak SPRM, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Nur Diana Azwa. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *