Pelakon Lucah Bunuh Diri Selepas Beberapa Bulan Kekasih Meninggal

Pelakon filem lucah, Olivia Nova pernah meluahkan kesedihan selepas teman lelakinya mati akibat bunuh diri, iaitu sembilan bulan sebelum dia sendiri mati dalam keadaan tragik dengan cara sama.

Mayat Nova, 20, ditemui di rumahnya di Las Vegas pada Ahad. Nova pernah menulis dalam Twitternya bahawa kekasihnya itu membunuh diri dua hari selepas hari jadinya pada bulan April lalu.

“Ia seolah-olah kami berpelukan di atas katil sepanjang hari dengan anjing kami, sambil makan pizza dan menonton filem semalam. Saya belum bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada awak,” demikian tulisnya.

Nova ditemui mati beberapa hari selepas menulis dalam twitternya bahawa dia keseorangan pada hari Krismas.

Setakat ini punca kematiannya masih belum diketahui.

Nova merupakan pelakon filem lucah kelima meninggal dunia di Amerika Syarikat dalam masa tiga bulan. Sebelum ini industri itu dikejutkan dengan kematian Yuri Luv, 31, August Ames, 23, dan Shyla Stylez, 35.

Keluarga Nova kini terpaksa mengumpul wang untuk membiayai kos pengebumiannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *