Keita Tiba Awal Jika The Reds Sanggup Keluar RM270j

Oleh Suzein-Yana

Kelab Liga Perdana Inggeris dijangka paling aktif dalam pasaran perpindahan Janua­ri 2018 terutama Liverpool yang masih memiliki baki 142 juta pound (RM770 juta) untuk di­belanjakan hasil penjualan Philippe Coutinho kepada Barcelona.

Berkata media induk Bri­tain, penyerang Guinea, Naby Keita bersedia untuk terbang ke Anfield minggu ini jika Liverpool sanggup membayar tambahan 13 juta pound (RM70 juta) yang diminta kelab Jerman, RB Leipzig.

Menurut akhbar tablot Daily Mail melapor­kan, kedua-dua pasukan sebelum ini sudah mencapai persetujuan bahawa Keita akan melapor diri di Anfield pada Julai, 2018 dengan yuran perpindahan 50 juta pound (RM270 juta).

Bagaimanapun kelab Bundesliga itu sedar, Reds kini terdesak untuk mencari pengganti Coutinho.

Keita, 22 menjaringkan lapan gol dan tujuh gerakan gol dalam 31 perlawanan liga musim lalu.

Selain Keita, skuad bimbingan Jurgen Klopp juga dikaitkan dengan pemain tengah Sepanyol, Dani Ceballos yang sedia dilepaskan oleh Real Madrid, manakala penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG), Kevin Trapp menafikan be­rita dia akan menyertai Reds

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *