Conte Bakal ‘Disailang’ Oleh Allegri?

Oleh Suzein-Yana

Belum pun reda daripada kekecewaan diikat 0-0 oleh Arsenal dalam separuh akhir pertama Piala Liga kelmarin, pe­ngendali Chelsea Antonio Conte menerima perkhabaran kurang selesa apabila tempatnya sebagai pengurus dikatakan bakal di ‘sailang’ oleh Massimiliano Allegri.

Akhbar harian Itali, Corriere dello Sport hari ini melaporkan, Allegri, 50 yang kini sedang membimbing Juventus sudah memberi ‘respon’ untuk menggantikan Conte, yang hanya tinggal setahun kontrak.

Ironiknya, Allegri yang juga bekas pengurus AC Milan adalah orang yang menggantikan Conte, 48 ketika jurulatih kelahiran itu meninggalkan Juventus pada 2014 untuk membimbing skuad kebangsaan Itali, sebelum me­nyertai Chelsea pada 2016.

Sekiranya Conte meninggalkan Chelsea lebih awal, dia berkemungkinan besar akan kembali menggalas tugas jurulatih skuad kebangsaan, biarpun bekas pe­ngendali Manchester City, Ro­berto Mancini turut disebut-sebut untuk mengisi jawatan tersebut.

Conte nyata tidak gembira dengan keputusan seri 0-0 yang diraih pasukannya dalam separuh akhir pertama Pia­la Liga biar pun pasukannya menguasai sebahagian besar perlawanan di Stamford Bridge tempoh hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *