Budak 7 Tahun Dijumpai Mati Dirogol,Dicekik, Mayat Dihumban Di Tempat Sampah

Pakistan: Pencarian seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang hilang di Kasur, Pakistan meruntunkan hati banyak pihak apabila jenazahnya ditemui dalam timbunan sampah, Selasa lalu.

Menurut laporan yang dipetik daripada Astro Awani, kanak-kanak itu dipercayai dirogol, dicekik sehingga mati sebelum jasadnya dihumban ke dalam timbunan sampah berikut tanda-tanda yang terdapat pada mangsa.

Mangsa, dikenali sebagai Zainab Ansari dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan mengaji al-Quran dan mayatnya ditemui dua kilometer daripada rumahnya.

Tragedi malang yang melibatkan kanak-kanak ini bukan pertama kali dilaporkan di Pakistan dalam tempoh terdekat. Malah, pihak polis Kasur mengesahkan terdapat 12 kes pembunuhan yang hampir sama direkodkan dalam tempoh dua tahun.

Malangnya, lima daripada kes yang disyaki dilakukan oleh suspek yang sama masih gagal ditahan sehingga kini. Berhubung kes Zainab ini, keluarga kanak-kanak malang itu turut menyalahkan pihak polis yang lambat bertindak selepas laporan kehilangannya dibuat.

Ekoran dari itu, ramai netizen termasuk beberapa personaliti Pakistan melahirkan kekecewaan terhadap tragedi yang menimpa Zainab dan menuntut agar penjenayah keji itu ditangkap dengan segera menerusi hastag #JusticeforZainab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *