Barca Sambar Mina

Oleh Suzein-Yana

Pendahulu La Liga, Barcelona ‘menyambar’ pertahanan tengah Yerry Mina daripada kelab Brazil, Palmeiras dengan yuran perpindahan AS$14 juta (RM55.83 juta).

Mina merupakan pemain kebangsaan Colombia sudah membuat 33 penampilan bersama Palmeiras sejak dua musim lalu dan membantu pasukannya menjuarai gelaran liga pada 2016.

Dia yang mengikat kontrak selama lima setengah tahun turut pernah menjuarai saingan Copa Sudamericana yang setaraf Liga Europa bersama bekas kelabnya, Santa Fe.

Begitupun ia merupakan langkah terbaik Mina untuk terus gemilang bersama kelab ternama di eropah. Pemain muda berbakat berusia 23 tahun itu dijangka akan memperkuat jentera pertahanan Barcelona di mana media berpengkalan di Sepanyol melaporkan pemain veteran, Javier Mascherano semakin hampir untuk menyertai kelab China, Hebei China Fortune. Kontrak Mina di Barcelona boleh ditebus dengan klausa bernilai 100 juta euro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *