2 Lelaki Maut Tertimbus Tanah Runtuh

KOTA MARUDU – Seorang penunggang dan pembonceng motosikal maut dipercayai tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh di Jalan Marak Parak di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu, kedua-dua mangsa yang melalui laluan dari arah Kota Marudu menghala ke Ranau itu dikatakan terjatuh lalu tertimbus akibat tanah runtuh yang berlaku di jalan raya terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Mohd. Izaan Abdullah mengesahkan mengenai insiden berkenaan, petik Kosmo

“Pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu segera ke lokasi selepas menerima maklumat daripada pihak bomba pada pukul 7.30 pagi tadi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian kami mendapati penunggang dan pembonceng motosikal terbabit meninggal dunia dipercayai tertimbus tanah runtuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Bagaimanapun, Mohd. Izaan enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan termasuk mengenalpasti identiti kedua-dua mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *